Followers

Sunday 5 June 2011

Keperluan Perubahan Dalam Pendidikan Matematik

PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN TEKNOLOGI
  • pendidikan matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarakat. Oleh yang demikian, skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan idea-idea baru yang canggih,

  • ciri bidang matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru,

  • perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang efektif,

  • pandangan pelajar juga telah berubah di mana kanak-kanak zaman kini ingin belajar dengan lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan menganalisis dan menerokai penyelesaiaan masalah mereka,

  • perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu aspek yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik pada semua peringkat.

rujukan : klik di sini