Followers

Saturday 16 July 2011

UPSR 2011


Kelas 6 Renewal 2011
SK Tunku Raudzah


salah satu buku latihamn matematik yang digunakan

tekun membuat latihan.......

 tak ramai muridnya cuma 5 perempuan 15 lelaki. Anak-anak ni nak UPSR tahun ini. Harapan saya  0% yang gagal  semua subjek....semua murid 6 Renewal lulus sekurang-kurang satu subjek...

Thursday 14 July 2011

ARTIKEL PILIHAN

INTERGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK


SINOPSIS


Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat. Perubahan dipercepatkan lagi dengan pengaruh faktor-faktor seperti kos teknologi yang lebih murah bagi perkakasan dan perisian, perisian multimedia yang lebih mudah digunakan (user-friendly) serta perkembangan dalam teori dan model pendidikan yang berubah dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar.

E-mail merupakan teknologi yang mudah digunakan, efisien dan tidak memerlukan pengguna mempunyai pengetahuan TMK yang tinggi. Guru harus mengalakkan pelajarnya
menggunakan kemudahan ini dengan mendapat dan edarkan alamat e-mail pelajar kepada
pelajar yang lain . Pelajar harus dilatih cara menggunakan e-mail dan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi semasa menggunakannya. Guru harus mereka satu sistem fail untuk menguruskan e-mail pelajar dengan menggunakan kod . Ini akan memudahkan guru mencari dan menjawab mesej kemudian secara kelompok berasaskan model ‘satu dengan banyak’(public message) untuk menjimatkan masa .

Bahan video dalam bentuk digital dapat digunakan sebagai satu medium untuk meningkatkan lagi keluasan mengakses  bahan. Dalam pengajaran pembelajaran yang
berasaskan kaedah pembelajaran secara kontekstual, kip video dapat membawa situasi-situasi apklikasi konsep matematik dalam kehidupan harian kepada pelajar untuk melihat bagaimana dan bilakah matematik dapat diaplikasikan ke dalam konteks sebenar. Strategi ini dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar serta pembelajaran adalah lebih bermakna.

Perisian multimedia memberi peluang kepada pelajar untuk pembelajaran individu
dengan akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri seperti pautan Tutorial, Penilaian, Fikirkan, Cabaran Matematik dan Pautan Berkaitan.


Tuesday 12 July 2011

astro tutor

assalamualaikum, 
kawan-kawan, sahabat pembaca sekalian, harini perkongsian mengenai siaran yang di lancarkan Astro untuk membantu para pelajar mengulang kaji pelajaran




hari ini saya ingin berkongsi tentang siaran Astro yang masih lagi baru iaitu Astro Tutor TV, 
saluran ini mempunyai tiga saluran yang berbeza menumpukan setiap aras pepeiksaan penting di Malaysia,
UPSR, PMR dan SPM
siaran ini dapat di tonton melalui saluran 601, 602 dan 603
pada pendapat saya siaran ini sangat membantu murid-murid mengulangkaji sambil bersantai, 
sukatan pelajaran yang diajar juga mengikut sukatan pelajaran di sekolah
kawan-kawan boleh berkongsi pendapat dengan meninggalkan pendapat anda di ruangan komen
terima kasih

Monday 11 July 2011

pertandingan mewarna

assalamualaikum, 
hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya bersama pembaca semua 
semasa pertandingan mewarna yang pernah disertai oleh sekolah saya,
Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah.



sebagai seorang guru pendidikan seni di sekolah, 
saya berpeluang membawa murid-murid saya menyertai pertandingan mewarna 
yang dianjurkan Balai Seni Negeri Kedah,
 walaupun tidak memenangi apa-apa hadiah, tetapi saya dapat 
berkongsi pengalaman bersama mereka dalam menyertai pertandingan selain yang dianjurkan di sekolah.
diharapkan pembaca juga boleh berkongsi cerita bersama saya di ruangan komen.
terima kasih  

Sunday 10 July 2011

membaca blog

assalamualaikum,
semenjak mempunyai blog, hobi melawat blog lain pula muncul, 
ada beberapa blog yang sangat seronok utntuk dibaca, 
cara penyampaian untuk berkongsi maklumat dan pengalaman memberi inspirasi kepada saya 
untuk meneruskan minat menulis dan membaca blog. 
antara blogger yang saya suka ialah 
Ianya memberi banyak info tentang agama dan 
saya juga dapat mendalami ilmu agama dengan lebih mendalam. 
Disamping itu beliau banyak menceritakan tentang 
pengalaman dan catatan beliau dalam menyebarkan dakwah islamiah.

Sunday 5 June 2011

Keperluan Perubahan Dalam Pendidikan Matematik

PENGAJARAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN TEKNOLOGI
  • pendidikan matematik perlukan perubahan kerana kini ia diperlukan oleh semua rakyat dari pelbagai bidang dan bukannya untuk segelintir masyarakat. Oleh yang demikian, skop dan kualiti Matematik perlu diperkembangkan lagi dengan idea-idea baru yang canggih,

  • ciri bidang matematik telah berubah untuk menyediakan rakyat yang celik matematik dalam bidang teknologi demi menghadapi cabaran alaf baru,

  • perkembangan teknologi telah menyebabkan keperluan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah yang efektif,

  • pandangan pelajar juga telah berubah di mana kanak-kanak zaman kini ingin belajar dengan lebih aktif dengan pembinaan idea sendiri serta berkeupayaan menganalisis dan menerokai penyelesaiaan masalah mereka,

  • perubahan dalam persaingan ekonomi antarabangsa juga merupakan suatu aspek yang membawa kepada perubahan dalam pendidikan matematik pada semua peringkat.

rujukan : klik di sini