Followers

Thursday 14 July 2011

ARTIKEL PILIHAN

INTERGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK


SINOPSIS


Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat. Perubahan dipercepatkan lagi dengan pengaruh faktor-faktor seperti kos teknologi yang lebih murah bagi perkakasan dan perisian, perisian multimedia yang lebih mudah digunakan (user-friendly) serta perkembangan dalam teori dan model pendidikan yang berubah dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar.

E-mail merupakan teknologi yang mudah digunakan, efisien dan tidak memerlukan pengguna mempunyai pengetahuan TMK yang tinggi. Guru harus mengalakkan pelajarnya
menggunakan kemudahan ini dengan mendapat dan edarkan alamat e-mail pelajar kepada
pelajar yang lain . Pelajar harus dilatih cara menggunakan e-mail dan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi semasa menggunakannya. Guru harus mereka satu sistem fail untuk menguruskan e-mail pelajar dengan menggunakan kod . Ini akan memudahkan guru mencari dan menjawab mesej kemudian secara kelompok berasaskan model ‘satu dengan banyak’(public message) untuk menjimatkan masa .

Bahan video dalam bentuk digital dapat digunakan sebagai satu medium untuk meningkatkan lagi keluasan mengakses  bahan. Dalam pengajaran pembelajaran yang
berasaskan kaedah pembelajaran secara kontekstual, kip video dapat membawa situasi-situasi apklikasi konsep matematik dalam kehidupan harian kepada pelajar untuk melihat bagaimana dan bilakah matematik dapat diaplikasikan ke dalam konteks sebenar. Strategi ini dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar serta pembelajaran adalah lebih bermakna.

Perisian multimedia memberi peluang kepada pelajar untuk pembelajaran individu
dengan akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri seperti pautan Tutorial, Penilaian, Fikirkan, Cabaran Matematik dan Pautan Berkaitan.


2 comments:

ROHANA AHMAD said...

Syabas!Blog cikgu banyak ilmu yang boleh dikongsi

Ku Rushidi said...

Tahniah, ada sesuatu kelainan dari biasa.